SMS mendoakan semoga sahabat semua berada di bawah lindungan dan rahmatNya. Sentiasa hidup sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.
Kenapa,pulak?
Ye lah, kalau sahabat semua perasan.. Blog SMS dah berubah wajah.. ini adalah bonus untuk SMS dan juga sahabat semua yang setia dengan Cinta Hati SMS.
SMS still lagi berusaha untuk menambahbaik blog ini.. so, mohon maaf sekiranya terdapat sedikit kecelaruan mahupun kekeliruan yang dilalui. Walau apa pun, Cinta Hati SMS takkan biarkan ianya mempengaruhi kisah dan perkongsian kita semua taw.
Cam pelik, pulak bahasakan SMS.. Tapi, itu lah.. nama yang diberi, SakinahMatSaid (SMS) 🙂
Pagi ni, SMS nak berkongsi sedikit pengalaman dan perjalanan beberapa minggu yang dah berlalu. Diam SMS bukan diam melupakan.. tapi, diam untuk mengungkap bicara dan ilmu serta pengalaman SMS sendiri.
Sebelum ni, pernah pergi.. tapi, tunggu dalam kereta je lah. Sebab yang perginya mak tak pun adik-adik. Dorang nak pi cari Jamu.. Terkejut SMS, adik lelaki nak pi cari Jamu.. buang terbiat ke? hahaha..
Memandangkan, SMS tak berjogging di pantai sebagaimana biasa. SMS nak ajak sahabat merasa pengalaman pi berjalan-jalan membakar lemak kat sini.
Pasar ni, di buka pada setiap hari ahad sehingga waktu Zohor.. Normally, pukul 12.00 tengah hari ada yang dah start kemas barang.. Yelah, hasil jualan dah abis.. Bagus tak Bagus, berniaga..?? Dorang berpuas hati, barang-barang habis dijual. Alhamdulillah..
Jauh betul SMS cari parking.. selepas berpusing-pusing banyak kali. Akhirnya, dapat jugak parking yang berdekatan dengan bahagian pakaian. hehehe..
SMS lama dah tak beli baju. since badan dah bertambah saiz nie. Tapi, sekarang Alhamdulillah.. dah turun 4kg.. Seronok.. Seronok sangat sangat.. Sebab tue, excited nak pi pasar nie.. Bukan nak beli baju pun.. Nak mencari ilham sambil bawak adik-adik pi jalan.
![]() |
Ni, bahagian baju, T-shirt, bundle, kain, tudung.. macam-macam ada. Murah-murah je.. Yang penting, boleh tawar menawar ya, sahabat..
Kalau nak nego.. kena lah pandai. Nak tahu? Rahsianya, senang je.. Cam mana nak murah rezeki..? Tanya lah SMS. Hehehe..
Siapa-siapa yang datang bercuti.. lupa nak bawak selipar, kopiah dan telekung solat pun ada. Senang, tak? Senang je..
Bahagian makanan basah cam ayam, siput sedut, sotong, ikan, daging dan sebagainya pun ada.
Sayur-sayuran dan buah-buahan pun tidak ketinggalan. Yang penting.. ada ulam-ulaman yang mungkin sahabat tak pernah jumpa dan juga tak pernah makan agaknya, ya?
Tiba-tiba ada gambar bunga orkid duk menyelit satu.. Actually, banyak lagi gambar orkid.
Bukan itu, sahaja.. siapa-siapa yang mengidam nak makan lemang. Nak buat sendiri.. tak reti.. nak masak lagi la.. cam tak perlu kot untuk makan 2, 3 orang je pun. Kat sini, ada jual lemang dan juga keropok terengganu ya, sahabat.
Ada Kuih- muih, nasik, cendol.. buah-buahan, air dan banyak lah..Rempah- ratus, akar kayu, jamu pun senang nak dapat kat sini. kalau nak tahu.. kena pi tengok sendiri. BEST ke BEST..!!??
Kalau ada yang rasa sakit dan lenguh-lenguh kaki tue.. boleh try, AJHT nie ya.. InsyaAllah, berkesan.
Sehingga bertemu lagi kita, di episod seterusnya. Sekiranya, ianya memberi manfaat kepada rakan-rakan mahupun saudara mara, silalah tekan like di bawah dan share kepada mereka.
SMS, mendoakan sahabat yang disayangi dan dikasihi bahagia, berjaya dunia dan akhirat walau dimana jua berada.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
“Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home.”
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
Wah..bestnye..mcm-mcm ade kn.kt kelntn pun ade,nme pasar siti khdijh..hihihi
Assalamualaikum, selamat malam sahabat Cinta Hati SMS.. Thanks, ye syu iz kerana singgah di jendela ini. Memang BEST!! Actually, kat mana2 pun ada. Tapi, kadang ramai yang tak tahu.. that why SMS sharing kt sini. Semoga ia memberi manfaat kepada syu iz sekeluarga dan rakan-rakan yang lain dunia dan akhirat.
Sekian, salam sayang. Salam Bahagia.