Walaupun ianya, adalah satu kenangan. Tetapi, mesej yang akan disampaikan amat berguna untuk generasi kini dan juga akan datang.
MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN 19 TAHUN LEPAS
19 tahun lepas, saya masih lagi budak hingusan yang tidak tahu apa-apa tentang masalah orang dewasa. Apa yang saya tahu, dunia saya adalah indah.
Bangun pagi, pergi sekolah. Balik sekolah, makan, bermain dengan kawan-kawan. Itu semua kenangan manis dalam hidup yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Hari ini, hari pertama saya ke sekolah rendah. Macam-macam perasaan ada. Takut, sedih, risau.. nak nangis pun ada.
Biasalah budak baru nak kenal kawan-kawan, nak kenal cikgu baru dan kenal dunia baru.
Apa yang sedihnya.. saya bukan seperti budak-budak yang lain. Saya berbeza dari mereka semua pada hari pertama ke sekolah.
Sehari sebelum ke sekolah saya dengan arwah abang (dah 6 tahun meninggalkan kami) duk main kejar-kejar kat area belakang rumah kami.
Biasalah, budak-budak kan. Hehe.. Even mak dah bising-bising, sebab saya tak pakai selipar. Saya buat tak endah je. Teruk, betul saya dulu kan. Huhu..
Siapa sangka.. malang tidak berbau. Dalam keseronokkan bermain tue, saya terpijak serpihan botol kaca. Hampir putus ibu jari kaki. Dasyat tak dasyat. huhu..
![]() |
Lebih kurang cam ni, lah kaca yang terbenam kat tanah tue, Sebab tue, tak perasan bila dah terpijak baru tahu. |
Baru senyap.. diam tak terkata. Sedih.. esok nak pergi ke sekolah.
Apa yang saya respect pasal arwah saya nie.. walau apa pun, terjadi. Sekolah wajib pergi.
Sebab pendidikan lah yang akan mengubah hidup kami. Sebagaimana dalam Al-quran, surah Ar-ra’d ayat 11 ada disebut :
Uwaaa.. cam mana?
Nanti, nak jalan susah. Orang pijak kaki nanti. Mode : SEDIH dan MENANGIS.
![]() |
Gambar hiasan |
Hari Pertama di Sekolah
Kalau, sahabat nak tahu.. Ayah yang hantar pergi ke sekolah, walaupun ada bas. Tapi, disebabkan hari ini hari pertama dan kaki pulak luka. So, dilayan cam VVIP lah. haha..
Bahagia 🙂
Dah sampai sekolah tue, sebelum balik.. Ayah pesan lagi:
“Duk diam-diam kat atas kerusi tue. Jangan nak ikut orang lain main kejar-kejar pulak. Kaki tu kudung.”
Uwaaa.. Kudung, ayah cakap. Sentap!! (Tapi, time tue tak tahu pun sentap menyentap nie)
Ayah ada bagi duit belanja RM0.50 kat anak dia nie. Wow!! Bestnya, dapat duit belanja. Excited giller.. Mungkin, pada orang lain nilainya kecik. Tapi, pada saya. Nilainya amat besar. Sangat besar.
![]() |
50 sen tahun 1984 (saya belum lahir lagi) |
Sekarang memang sangat kecik lah nilainya. Nak beli air sirap dengan nasik lemak pun tak lepas. Kenapa nasik lemak.. tak de makanan lain dah ke, saya nak bagi contoh. Hehe..
Memang itu, menu famous dulu dan kini kat kantin sekolah.
Zaman saya, dah boleh beli macam-macam jenis makanan dah dengan RM0.50 nie. RM0.20 nasik lemak, RM0.20 air sirap dan Keropok Lekor goreng RM0.10. Tapi, saya belanja RM0.30 je. Selebihnya simpan.
SIMPAN DUIT DALAM TABUNG BULUH
Saya suka simpan duit dalam tabung.. Kami adik beradik memang ada tabung sendiri yang besar dan tinggi lagi. Kami guna batang buluh je.. di saat orang lain, ada tabung ayam, tabung haji, tabung tembikai dan sebagainya. Kami bahagia dengan nilai tabung buluh nie.
![]() |
Gambar hiasan- nampak tabung buluh kat dinding tue?Puas cari, tak jumpa contoh tabung yang tinggi cam kami. Boleh, la sahabat bayangkan ya 🙂 |
Tabung corak batik. |
![]() |
Siap syelek dan berhias lagi. Kami dulu, hijau buluh je. Lama-lama jadi lah warna cam kat atas.
|
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, dapat memberi manfaat kepada sahabat Cinta Hati Sakinah semua dalam mendidik anak-anak dan juga memupuk nilai menabung dari usia kecil lagi.
TIPS MURAH REZEKI DARI CINTA HATI SAKINAH:
1. Bersedekah walaupun sepuluh sen. Kerana sedekah itu menyuburkan rezeki kita. Ibarat seperti pokok yang ditanam dan disiram air dan ditabur baja. Cukup baja dan air, maka berbuahlah. Lebat buahnya, sedap rasanya.. dapatlah kita memberi dan berkongsi dengan orang lain. Begitulah juga dalam mencari rezeki.
2. Berbaktilah kepada kedua orang tua. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa kita. Jika buruk layanan kita, maka buruk lah hasilnya kepada kehidupan seseorang itu.
3. Amalkan solat Dhuha. Pembuka pintu rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. InsyaAllah.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
“Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home.”
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
Seronoknya baca entry nie …. full of emotion Good Job !!!!
Alhamdulillah..terima kasih, sifu. Atas tunjuk ajar sifu juga 🙂