![]() |
Kecil molek, je kan orangnya. Dia lah yang selalu teman saya berjogging ke pantai sebelum nie.Yang kurusnya, dia bukan saya. Haha. |
![]() |
Effa dengan anak-anak katak. Gelinya.. |
![]() |
Aku dan Effa 😉 |
![]() |
Dari depan Kak Tasha, Effa, Azie. Dan kat belakang, saya dengan Husna. Takkan tak kenal saya kot? Hehe. |
Kami hampir give up! Sebab, hari dah suntuk.
ALLAH MEMBERI BERDASARKAN SANGKAAN HAMBA-HAMBANYA
Kebetulan, kami berada berdekatan dengan Masjid Putih, Chendering, Kuala Terengganu.
“Fa, jangan risau fa.. Aku yakin! pasti, ada orang nak sewakan rumah untuk kita. Pasti, ada Fa. Jom, kita pi Masjid. Dah masuk waktu nie. Kita solat asar dulu. Kita mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. InsyaAllah, akan dipermudahkan segala urusan. Allah kan, Maha Mendengar.”
Selepas, solat. Terasa tenang je. Kami bersalam-salaman dengan jemaah wanita yang hadir.
Dan saya, bertanya-tanyalah jugak kepada dorang. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Ada sorang mak cik tue tunjukkan jalan.
Akhirnya, kami dapat jugak rumah sewa untuk berteduh. Best! rumah tue. Rumah kampung berdekatan dengan pantai dan masjid.
Alhamdulillah.. Kami hampir, nak cuba rumah sewa yang scary taw. Cam tempat pemujaan pulak. Huhuhu..
Inilah, antara kenangan saya dengan Effa dan juga rakan-rakan yang lain turut mewarnai hidup saya suatu ketika dahulu.
![]() |
Kak Su, di tengah yang banyak membantu kami setelah kami tinggal berdua sahaja. |
Kerana ini jugalah, membuatkan saya agak terkilan dan sedih sebab tak dapat bersama-sama dengan Effa di hari bahagia dia.
Actually, aku sendiri cam tak sangka. Rasa cam baru je guling-guling dengan ko. Gaduh-gaduh dengan ko. Nangis-nangis, dengan ko.
Rasa cam aku muda, lagi.. Hahaha.. Perasan, betul aku kan. Tak sedar diri, Yang usia dah bertambah.. Huhuhu..
PESANAN AKU UNTUK KORANG BERDUA DAN SAHABAT CINTA HATI SAKINAH:
![]() |
Selamat Pengantin baru dan semoga impian ko nak ke Texas tercapai, Fa. |
1. Fa, ko dah jadi isteri orang taw. Sebagai suami isteri, kita kena banyak berfikir.
“Apa yang aku boleh beri kepada pasangan aku?”
Jangan pulak, ko asyik berfikir, “Apa yang aku boleh dapat dari pasangan aku?”
Jika, kita banyak memberi.. jangan risau, insyaAllah.. banyak yang akan kita terima nanti.
2. Sebagai suami isteri, kita kena memahami keluarga pasangan kita sebab mereka adalah sebahagian dari hidup kita bermula saat kita diijab dan kabul hingga ke akhir hayat.
Kita perlu menghormati mereka. Anggaplah mereka seperti keluarga kandung kita sendiri.
Sentiasa berfikir, ” Macam mana aku nak bahagiakan keluarga isteri atau suami aku?”
3. Manakala, sebagai seorang isteri.. kita kena faham, sekarang tanggungjawab yang utama adalah kepada suami. Kepada ibu bapa jatuh nombor 2. Kita, juga kena faham, tanggungjawab si suami kepada ibunya adalah nombor satu, dan kita nombor dua.
Jangan takut untuk melihat Din atau sesiapa sahaja suami membahagiakan emak dia. Jangan rasa cemburu jika si suami melebihkan emak dia.
InsyaAllah, suatu hari nanti bila kita dah ada anak sendiri dan mereka akan berkahwin. Si anak akan buat perkara yang sama kepada ko, fa (dan untuk mana-mana wanita bergelar isteri).
4. Untuk Din, selepas ini, jangan takut nak berbelanja untuk isteri. Utamakan isteri berbanding kawan-kawan. Ingat ya, mana-mana suami.. kita dah ada isteri. Bukan bujang lagi taw.
5. Bila korang berdua.. perbelanjaan biasa-biasa je. Tapi, bila dah hadir cahaya mata nanti.. ia akan meningkat dan menjadi luar biasa. Ini yang selalu aku terima dan dengar dari rakan-rakan sekerja serta niaga aku yang dah berkahwin dan juga mempunyai anak.
So, nasihat aku kepada ko dan sahabat semua.. Berniagalah dari sekarang, untuk merancang ,masa depan yang lebih baik. Jangan bergantung hidup sepenuhnya kepada kerja makan gaji.
Gaji RM2 000 – RM5 000, memang tak kan cukup bila korang dah ada anak. Tambah, pulak mereka yang duduk di area KL dan selangor.
Lagi beberapa bulan, GST akan dilaksanakan. Segala perbelanjaan akan berlaku kenaikan harga yang di luar jangkaan kita. Upah asuh anak, belanja sekolah anak-anak, belanja rumah dan banyak lagi akan meningkat.
Tapi, adakah gaji anda semua yang bekerja bertambah sebanyak 1%-50%?
Malah.. ada kemungkinan susut lagi kerana pelaksanaan GST ini. Kesannya, amat ketara bila tiba masanya nanti.
Papepun, aku bersyukur dengan ko dan Din, Fa. Sebab, korang memang dah berniaga sebelum nikah lagi. Alhamdulillah..
Teruskan usaha, untuk menjana ekonomi umat islam.
6. Sentiasa berdoa agar berbahagia sehingga ke syurga. Solat jemaah bersama. Sebagai seorang suami, kita kena rajin bawak isteri ke masjid ataupun majlis-majlis ilmu.
7. Dah kahwin.. jangan lupakan keluarga kita pulak. Ingat, selama ini merekalah yang menyokong kita. Merekalah yang bantu kita dan jaga kita dari sejak lahir hingga lah sebelum kahwin.
So, bahagiakan semua orang. InsyaAllah, kita akan bahagia.
Sahabat Cinta Hati Sakinah,
Jom! sama-sama kita doakan semoga Allah SWT murahkan rezeki, limpahkan rahmat dan kasih sayang buat pasangan pengantin baru ini.
![]() |
Umi, Din, Effa dan Yaya (pegang anak). Tumpang happy, ramai kawan-kawan datang meriahkan masjlis ko. |
“Fa, aku dan sahabat cinta Hati Sakinah doakan korang berdua hidup bahagia hingga ke syurga taw. Sayang, ko Fa.”
Amin.
Thanks for reading.
Sekian, wassalam,
