Assalamulaikum sahabat..
Petang nie, SMS nak kongsikan satu resepi dari adik bujang ku yang balik bercuti kat teratak kami.
Jom, kita layan apa dia nak masak.
Saya tolong pantau je ala-ala master chef 🙂
Mari, kita tengok apa yang perlu disediakan untuk memasak.
Bersihkan dan belah ketam ikut kepakaran masing-masing taw.
Dah agak-agak garing.. angkat dan toskan minyak.
Manakala, sos nya pulak..
Mula-mula, kena panaskan butter. Bila dah cair, tumis bawang putih yang dah dikisar bersama daun kari hingga naik bau.
Pastu, masukkann susu cair, cili padi, telur masin, garam dan gula. Dah menggelegak, angkat dan siram atas ketam tadi.
Ta daa.. Siap! Mudah, je kan..
Resepi nie, adik terunaku olah dari blog zila4ever.
KOMEN DARI MASTER CHEF
Dah siap, Master Chef kena lah komen, kan.. Hehehe.
Ok, not bad for first time masak ketam telur masin. Dia kata, ketam Baba Nyonya. hentam, je lah. Saya sendiri tak pernah buat. Hahaha..
![]() |
Nampak, kuning-kuning telur yang berketul, tue.. Tu, lah telur masin. |
Ni, kalau tinggal sorang-sorang memang tak de masalah. Dapur, akan berasapnya.
Ini yang saya suka pasal Teratak Sakinah-Hasanah nie (Home Sweet Home).
Adik-adik lelakiku pandai masak macam-macam. Since jadi Working-At-Home-Woman (WAHW), saya kurang aktif di dapur.
Harapkan adik-adik yang masak.
Bertuah, kan.. Boleh, bukak kedai makan.
Kami memang berniaga makanan pun. Berniaga dari rumah je.
Ok, sahabat. Sampai sini, dulu. Thanks for reading 🙂
Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana yang mencari-cari resepi masakan ketam yang mudah.
SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.
