Rupanya, saat saya mencium dan melihat ayah petang itu.. adalah peluang terakhir saya.
Ayah tidur..
Ayah terjaga bila saya kucup dahi ayah. Mata ayah terbukak. Maybe, ayah tak sangka yang saya akan pulang tinggalkan ayah lagi.
Bila teringat saat ini.. saya akan menangisi kekesalan. Menangis dan merasa kerdilnya diri ini. Kerana DIA lebih Maha Mengetahui segala-galanya.
Apa yang terjadi.. ini semua, adalah ketentuan dari illahi.
Perjalanan pulang saya pada petang itu, takkan berjalan lancar tanpa izin dariNya.
Saya cuba berfikiran positive. Relax dan tenang. Redha menerima takdir, di saat semua keluarga ada di sisi ayah.
Saya seorang je yang tiada.
Saya teringat kata-kata emak suatu ketika dahulu.. Saya dan adik lelaki adalah anak kesayangan ayah. Saya cakap, tak de lah. Ayah sayang semua anak-anaknya. Tak de, pilih kasih.
Cuma, bila saat dia sakit.. kalau saya ada di rumah. Ayah selalu panggil saya. Itu yang membuatkan hati ini pilu dan rindukan ayah.
Ayah..
Maafkan, anakmu ini sebab tak mampu bahagiakan ayah di saat ayah hidup. Maafkan, anakmu ini, kerana tak kesampaian untuk bawak ayah ke Mekah.
Namun, anakmu ini tetap akan tunaikan haji badal untuk ayah suatu hari nanti.
InsyaAllah.
Maafkan, anakmu ini..
Sahabat..
Kematian itu, adalah pasti.
Tiada terlewat walau sesaat mahupun sedetik.
Kita semua akan mati. Cuma, kita tak tahu bagaimana cara kita mati.
Sebaik-baiknya, kita berdoa memohon kepadaNya supaya dimatikan dalam iman. Selamat dari seksa azab kubur dan api neraka. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Sama-samalah kita berusaha ke arah itu.
InsyaAllah.
Pernah dengar bagaimana tanda-tanda orang akan meninggal dunia?
Belum?
Jom! SMS kongsikan dengan anda untuk persediaan diri dan insan-insan sekeliling kita.
Bukan semua orang mampu melihat tanda-tanda ini. Kerana bukan semua terpilih untuk mengetahui bilakah masa akan tiba.
Tetapi, kita semua taw.. Pada bila-bila masa sahaja Malaikat Maut akan datang menjemput kita apabila gugurnya daun di Arasy. Daun yang bernama si A berbintikan ibunya.
![]() |
Tagging Kematian kita. |
100 HARI SEBELUM KEMATIAN
Tanda ini akan terjadi di waktu selepas asar, di mana seluruh tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki menggigil dan bergetar.
Getaran ini hanya dapat dirasai oleh bakal si mati sekiranya si dia diizinkan oleh Allah SWT. Dan begitu lah sebaliknya, bagi mereka yang leka.. tak kan pernah tersedar dan tanda ini akan berlalu pergi dalam kenikmatan duniawi mereka.
Sekiranya, si dia tersedar.. inilah masa dan peluang yang baik kepada bakal si mati untuk melipatkan amal kebaikan dan kebajikan sebelum meninggal.
40 HARI SEBELUM KEMATIAN
Tanda ini juga akan berlaku di waktu Asar. Sekitar pusat Bakal Si Mati mula berdenyut-denyut.
Daun yang tertulis nama Si Mati ini gugur dari Arasy. Kemudian malaikat maut mengambilnya dan membuat persediaan untuk tugasan seterusnya dengan mengekori Bakal Si Mati sepanjang waktu sehingga saat kematian.
Kadang, dia akan tunjukkan sekilas pandang kepada Bakal Si Mati rupanya. Keadaan ini akan membuatkan Si Bernama dalam kebingungan.
7 HARI SEBELUM KEMATIAN
Sesetengah ulama’ berpandangan : Pada saat ini, mereka yang sakit, tiba-tiba mengidam dan mengimpikan makan sesuatu dengan begitu selera. Dalam erti kata lain, selera makan jadi bertambah-tambah dan buat perkara yang pelik dari biasa.
5 HARI SEBELUM KEMATIAN
Anak lidah mula bergerak-gerak. Jika ini berlaku.. perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dengan mudah ketika Sakaratul-maut.
3 HARI SEBELUM KEMATIAN
Bahagian tengah dahi terasa berdenyut dan bergerak-gerak.
Jika yang sakit, kelihatan makin sihat dan ia menggembirakan orang di sekelilingnya sebagaimana berlaku kepada arwah ayah. Dalam tempoh 3 hari ini, ayah menunjukkan potensi sembuh.
Itu yang saya tersalah anggap. Saya rasa ayah dah nak sihat.
Rupanya, ajal ayah sudah hampir tiba.
2 HARI SEBELUM KEMATIAN
Pada ketika ini, mereka akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang disayangi yang telah meninggal.
Dahi akan terus berdenyut dan bergerak-gerak.
Mata hitam sudah tidak bersinar lagi dan bagi yang sakit hidungnya mula jatuh. Part mata tue, memang diakui saya nampak pada ayah waktu saya bersalam dan cium ayah buat kali terakhir.
Sebab, ayah terjaga dari tidur saat saya kucup dahi dan pipi ayah.
Telinga akan mula layu dan bahagian hujugnya masuk ke dalam. Telapak kaki terlunjur dan tidak dapat ditegakkan lagi.
1 HARI SEBELUM KEMATIAN
Ubun-ubun Bakal Si Mati berasa berdenyut-denyut selepas waktu Asar. Ini menandakan Si dia tidak akan sempat lagi bertemu waktu Asar hari berikutnya.
SAAT-SAAT AKHIR KEMATIAN
Si Mati mula merasakan kesejukkan di bahagian pusat dan ia turun ke pinggang hingga ke bahagian belakang. kemudian, ia naik ke bahagian halkum.
Di saat ini, tiada apa lagi yang boleh dilakukan melainkan mengucap dua kalimah syahadah dan menanti malaikat maut meyudahkan urusan akhir kepada si mati.
So, inilah serba sedikit tanda-tanda yang dapat SMS kongsikan dengan sahabat semua. (credit to shafiqolbu.wordpress.com).
Hargailah masa dan peluang yang ada untuk memperbanyakkan amal kebaikan dan kebajikan kita kepadaNya. Serta jangan lupa sentiasa menghargai insan-insan sekelilig kita terutama ibu dan bapa, isteri dan anak-anak tersayang.
SMS doakan semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan lembayung kasih sayang Allah SWT.
InsyaAllah.
Sila SHARE jika sahabat rasa entry kali ini memberi manfaat kepada saudara-mara dan rakan-rakan kita di luar sana.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.