![]() |
Dah setahun kahwin. Ni, antara hantaran dari pihak perempuan. Sentuhan saya dan juga adik-adik yang banyak membantu. |
Assalamualaikum wbt..
Setahun yang lalu.
![]() |
Azzahra meniarap pagi tadi, masa ibu dia tengah solat subuh. |
Make up by mak andam last minute seawal jam 7 pagi.
![]() |
Terpaksa cari mak andam last minit. Sebab tak yakin boleh make up sendiri. Ni, lah hasil yang en.suami tak suka. Katanya, macam anak patung. Macam kahwin dengan orang lain. Huhuhu. |
Bergambar kenangan dengan emak mertua dan emak. |
Bersama sebahagian family. Ni, baru sikit. Yang lain, entah kemana, pun tak tahu. |
Selepas akad nikah, bergambar sekejap. Pihak rombongan lelaki dijamu dengan makan ringan sementara tunggu next acara di tengah hari nya nanti.
Menu beehon goreng dan karipap. Air apa? Saya pun tak tahu. Bab makan, emak yang handle dengan adik-adik. |
![]() |
Part saya paling tak suka. Kena jalan berarak semua orang tengok. Malu kot. Malu-malu kucing. Kihkihkih. |
Makan tengah hari. Macam-macam ada. Tapi, tak termakan. |
Gambar kat dalam banyak yang tak jadi. Not ready.Ni je lah yang ok sikit. Pelamin so simple. Ruangan pun kecik. Tak sesuai untuk ahli keluarga yang ramai. |
Potong kek. |
Makan pengantin. Dorang punyer service macam ala-ala hotel. Termalu kita di pihak perempuan yang so simple. |
Bersama family en.suami. |
Sesungguhnya, banyak sangat gambar yang diambil. Sampai tak tahu nak upload yang mana satu. Berpinar mata.
Cukuplah, sampai sini je untuk tatapan dan kenangan.
Papepun syukur Alhamdulillah, bukan mudah untuk kami sampai ke tahap hari ini. Macam-macam cabaran dan halangan nak menikah.
Akhir kalam, special song for my luvly partner en. suami, En. Mohd Noor Ariff Muhammad :
Happy First Anniversary, Abang.
Maafkan atas kekurangan diri ini. Tiada kata yang dapat diungkapkan melainkan ucapan terima kasih atas keikhlasan hati abang menerima dan menyempurnakan hidup, sayang. Sentiasa berusaha berikan yang terbaik untuk perkahwinan kita. Bersabar melayan kerenah sayang alahan sepanjang 9 bulan mengandung dan diuji pula dengan proses bersalin dan berpantang yang macam-macam cabaran. Utamakan keinginan sayang lebih dari keperluan abang. Menangis sama-sama. Gelak sama-sama. Berhujan panas, sama-sama. Thanks a lot. You are my everything. Semoga kita kekal hidup bahagia sehingga ke syurga. Luv u, so much!!
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
![]() |
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|